Carian
Honor Magic7 Pro Akan Menerima Kemaskini Empat Versi Android Dan Sekuriti Lima Tahun
January 16, 2025 Amy Maizuraa

Honor Magic7 Pro sudah boleh didapati di Malaysia selepas pelancaran awalnya di China Oktober lalu. Peranti ini boleh dijual bermula RM4,599 (16/512GB) dan RM5,199 (16/1TB). Selain itu tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Lunar shadow Grey, Breeze Blue dan Black.

Kemaskini keselamatan dan OS utama menjadi topik utama antara pengguna. Honor kini mendedahkan bahawa peranti baharu itu akan menerima sokongan kemas kini empat versi Android serta tampalan sekuriti selama lima tahun. Hal ini membolehkan penawaran itu membetulkan isu keselamatan peranti dan melindungi privasi. Selain turut mengemaskini aspek penting pada peranti supaya perisian lain juga lebih baik daripada sebelumnya.

Honor Magic7 Pro ialah peranti mercu dengan cip Snapdragon 8 Elite dan tri-kamera utama 200MP (telefoto) + 50MP (ultra lebar) + 50MP (lebar) bersama OIS. Ia juga dilengkapi skrin 6.8″ LTPO OLED 120Hz, bateri 5850mAh, pengecasan berwayar 100W, pembesar suara stereo dan kalis air IP68/IP6.

Komen