Minggu ini ialah minggu mencari altenatif kepada platform media sosial sedia ada. Setengah juta pengguna TikTok Amerika Syarikat telah berhijrah ke Xiaohongshu sebelum aplikasi ditutup. Kini wujud pula alternatif untuk Instagram yang menggunakan protokol AT Bluesky.

Flashes dibangunkan oleh Sebastian Vogelsang yang ingin mengembalikan semula pengalaman zaman awal Instagram. Beliau menggunakan protokol AT untuk hanya memaparkan gambar daripada Bluesky dalam aplikasi Flashes. Kerana perkongsian platform ini, gambar daripada Bluesky akan muncul dalam Flashes dan gambar daripada Flashes juga akan dipaparkan secara automatik di dalam Bluesky.
Flashes masih lagi dalam pembangunan dengan ia akan memulakan ujian beta minggu depan. Bagi mereka yang sudahpun berhijrah ke Bluesky, kini anda mempunyai alasan untuk berhijrah ke Flashes dan meninggalkan ekosistem Meta.