Google Bekerjasama Dengan The Associated Press Untuk Maklum Balas Gemini Lebih Jitu
Fahim Zahar
Bukan kali pertama untuk syarikat teknologi gergasi bekerjasama dengan syarikat penerbitan berita untuk perkongsian maklumat sahih serta membendung penyebaran berita palsu. Terbaru, Google mengumumkan kerjasama dengan The Associated Press (The AP).

Kerjasama ini adalah untuk chatbot kecerdasan buatan generatif mereka, Gemini. Selepas bertahun kerjasama bersama The AP untuk Google Search, mereka kini menawarkan maklumat sahih masa nyata untuk maklum balas di dalam Gemini. Kini apabila pengguna mencari atau menjana teks dengan Gemini, maklum balas adalah berdasarkan artikel yang ditulis The AP.
Walau bagaimanapun, mana-mana perkhidmatan chatbot AI di pasaran masih akan berhalusinasi dan anda sebagai pengguna bijak WAJIB menyemak teks yang telah dijana.
[sumber] The Keyword [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.