Carian
Spesifikasi BTF 2.0 ASUS Menyokong Sambungan GPU Tanpa Wayar dan Kabel 12V-2×6 Serentak
January 16, 2025 Effi Saharudin

ASUS memperkenalkan pin sambungan terus kuasa daripada GPU ke papan induk yang diberi nama Back to The Future (BTF) tahun lalu. Menerusinya pin sambungan GC-HPWR diperkenalkan bagi membolehkan GPU dipasang terus pada papan induk tanpa sambungan wayar dengan ia diletakkan di belakang port PCIe X16. Tetapi ini mendatangkan isu kerana pembeli turut perlu menaik taraf papan induk bagi menyokong GPU baharu tidak lagi hadir dengan pin kuasa 12V-2×6 standard.

Tetapi menurut laporan Hardware Luxx, ASUS telah mengumumkan spesifikasi baharu BTF 2.0 yang membolehkan GPU menyokong sambungan GC-HPWR dan juga 12V-2×6 secara serentak. Pada GPU yang menyokong BTF 2.0, sebuah penyesuai boleh disambung bagi membolehkan pemasangan menggunakan GC-HPWR.

Jika tidak diperlukan penyesuai ditanggalkan dan sambungan kabel kuasa 12V-2×6 boleh digunakan. Ini memberikan pilihan kepada pembeli GPU untuk menggunakan salah satu sambungan. Dalam laporan saman BTF 2.0 menyokong sambungan kuasa GC-HPWR sehingga 10000W.

Sambungan BTF dibangunkan oleh ASUS bagi menyelesaikan isu kabel kuasa plastik 12VHPWR yang terbakar pada siri GPU RTX 4000 kerana input kuasa yang terlalu tinggi,.

Komen