Carian
Intel Menghentikan Pengeluaran Cip Pemprosesan Generasi Ke-12 Untuk Komputer Riba
January 17, 2025 Nazrin

Intel baru-baru ini telah mengumumkan bahawa siri cip pemprosesan generasi ke-12 Alder Lake mereka, termasuklah siri cip pemprosesan Intel model Core i3, Core i5, Core i7 dan Core i9 dalam siri H, HK, P, Intel Celeron 7000 dan Intel Pentium Gold 8500 akan memasuki fasa penamatan hayat (End of Life) pada tahun ini.

Menurut notis yang dikeluarkan, Intel tidak lagi akan menerima pesanan untuk cip-cip pemprosesan dalam siri ini bermula April 2025 dan Julai 2025 bergantung kepada model cip pemprosesan, dan proses pengeluaran cip pemprosesan akan ditamatkan sepenuhnya menjelang 23 Januari 2026.

Walaupun begitu, siri cip pemprosesan Alder Lake HX yang sering dilihat pada komputer riba gaming berkuasa, dan juga Alder Lake-N yang secara lazimnya digunakan pada komputer riba murah.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Intel secara lazimnya memang akan mula menghentikan pengeluaran cip pemprosesan yang sekitar 3-4 generasi ke belakang kerana permintaan yang rendah dan juga untuk memberi ruang kepada cip-cip pemprosesan yang baru.

Komen