Honor hari ini memulakan jualan peranti mercu baharu Magic7 Pro secara rasminya di Malaysia. Sebanyak dua konfigurasi ditawarkan dengan harga bermula RM4,599 (12/512GB) dan RM5,199 (16GB/1TB). Setiap pembelian diberikan hadiah percuma RM1,297 termasuk HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, waranti tambahan 1 tahun dan pelan gantian selama 180 hari.

Honor Magic7 Pro ialah peranti mercu dengan cip Snapdragon 8 Elite dan tri-kamera utama 200MP (telefoto) + 50MP (ultra lebar) + 50MP (lebar) bersama OIS. Ia juga menawarkan skrin OLED 6.8-inci 120Hz, bateri karbon-silikon 5,850mAh, pengecasan pantas 100W, pembesar suara stereo dan kalis air IP68/IP6. Honor turut menjanjikan kemaskini empat versi Android serta tampalan sekuriti selama lima tahun melalui peranti.