Carian
Threads Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Muzik
January 17, 2025 Fahim Zahar

Platform media sosial Meta iaitu Instagram dan Facebook telah pun menyokong ciri perkongsian muzik. Pengguna boleh memilih pelbagai koleksi muzik dari pustaka audio Meta untuk disertakan bersama perkongsian teks, gambar atau dalam suntingan video Reels. Terbaru, ciri ini akan disertakan pada Threads pula.

Pengguna X terkenal iaitu Alessandro Paluzzi berkongsi imej aplikasi Meta untuk iOS yang dilihat mempunyai ciri perkongsian muzik. Berdasarkan imej ini, muzik mungkin boleh dikongsi bersama dengan teks. Ia mungkin akan menyokong perkongsian bersama gambar dan lain-lain tetapi masih tidak jelas.

Untuk sokongan audio, Thread sebelum ini telah pun menambah ciri perkongsian suara. Sama-sama kita nantikan kehadiran ciri baharu ini.

Komen