Carian
NVIDIA Menggunakan Superkomputer Untuk Melatih DLSS Tanpa Henti Sejak Enam Tahun Lalu
January 17, 2025 Effi Saharudin

Ciri Deep Learning Super Sampling (DLSS) yang disokong kad grafik NVIDIA membolehkan kadar bingkai lebih tinggi dinikmati dalam permainan video dengan ia dilakukan menerusi bantuan kecerdasan buatan (AI). Ini adalah kunci di sebalik kemampuan DLSS 4 pada siri RTX5000 memberikan prestasi lebih 200FPS pada resolusi 4K dalam Cyberpunk 2077.

Menurut laporan PC Gamer, Brian Catanzaro yang merupakan timbalan presiden NVIDIA mendedahkan syarikat menggunakan sebuah superkomputer khusus untuk melatih DLSS sejak enam tahun lalu. Superkomputer dengan ribuan CPU dan GPU NVIDIA ini telah beroperasi tanpa henti bagi memastikan DLSS mampu menawarkan visual pada kualiti dan kadar bingkai tertinggi.

Komen