Carian
Kapal Angkasa Starship Meletup Lagi Dalam Ujian Pertama Tahun 2025
January 17, 2025 Effi Saharudin

Kapal angkasa Starship meletup lagi ketika melakukan misi ujian ke tujuh pagi tadi dengan ia menjadi insiden keempat ia gagal melalukan misi yang dirancang. Starship 33 ialah kapal pertama dalam blok 2 yang sepatutnya turut melakukan ujian melancarkan satelit Starlink. Hubungan Starship dengan menara kawalan terputus lapan minit selepas ia dilancarkan.

Dalam video yang dikongsi ke media sosial, serpihan Starship dapat dilihat terbakar di atas ruang udara Kepulauan Turks dan Caicos. SpaceX masih belum dapat mengesan mengapa Starship meletup kerana data masih sedang dikumpul.

Walaupun Starship meletup, roket Super Heavy berjaya pulang semula ke tapak pelancaran di Texas sebelum ditangkap semula oleh menara menggunakan mekanisme seakan kayu penyepit. Kegagalan Starship kali ini akan menyebabkan kelewatan Misi Artemis III ke bulanyang sudah ditangguh ke 2027.

Mengikut perancangan asal SpaceX, Starship sepatutnya telah mula menghantar angkasawan ke bulan pada tahun 2023 menerusi misi Dear Moon. Tahun misi Dear Moon telahpun diibatalkan oleh bilionwan Yusaku Maezawa yang menempahnya pada tahun 2018 disebabkan oleh kelewatan SpaceX.

Komen