Carian
Nothing Phone (1) Kini Hanya Akan Disokong Untuk 1 Tahun Lagi Dengan Kemas Kini Sekuriti
January 17, 2025 Fahim Zahar

Minggu ini, lengkap semua telefon Nothing Phone dan CMF Phone yang dilancarkan sejak tahun 2022 menerima kemas kini stabil Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15. Nothing OS 3.0 membawakan prestasi lebih baik, kemampuan kamera yang lebih terjamin, sekuriti lebih baik dan konsep awal sistem operasi berasaskan AI mereka.

Hari ini, sejumlah pengguna Phone (1) mula menerima kemas kini stabil Nothing OS 3.0. Versi yang diterima adalah V3.0-250108-1938 dengan saiz mencapai 1.46 GB. Memandangkan Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022 dengan Android 12 dan Nothing menjanjikan kemas kini 3+4 tahun, Nothing OS 3.0 adalah kemas kini utama terakhir.

Ini bermakna, Phone (1) mungkin tidak akan menerima kemas kini Android 16 dan hanya akan 1 tahun lagi kemas kini tampalan sekuriti. Nothing mungkin akan menawarkan kemas kini bulanan atau setiap tiga bulan.

Tahun ini, tiga peranti Nothing Phone baharu dijangka akan tiba. Spekulasi awal adalah Phone (3), Phone (3a) dan CMF Phone 2. Untuk Phone (3), Nothing ingin membawakan sistem operasi dengan integrasi AI penuh sebagai konsep sistem operasi sendiri mudah dibangunkan dengan bantuan AI.

Komen