Carian
Pas My50 Boleh Diperbaharui Menggunakan TNG eWallet Bermula Mei 2025
January 17, 2025 Effi Saharudin

My50 ialah pas untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam yang meliputi perkhidmatan LRT, Monorail, MRT, bas Rapid KL dan juga bas BRT. Terbaru, Menteri Pengangkutan mengumumkan Rapid KL akan mula menerima pembaharuan pas My50 menggunakan TNG eWallet berkuat-kuasa Mei 2025 ini. Hal ini adalah selari dengan pengumuman asal yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada November tahun lalu.

Serentak dengan sokongan TNG eWallet, pengguna juga kelak boleh menggunakan kad TNG NFC sebagai pas My50 bermula Mei 2025 depan. Selama ini pas ini hanya boleh digunakan pada MyKad sahaja. Sungguhpun begitu sokongan pas My50 pada telefon pintar dan imbasan kod QR yang juga diumumkan tahun lalu belum diaktifkan buat masa ini, dengan tarikh pelaksanaan juga masih belum diketahui.

Tahun lalu pas ini mempunyai 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding 98,000 pengguna sahaja sahaja pada tahun 2019. Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kos pengangkutan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Komen