Realme bersedia untuk melancarkan model Realme 14x di Malaysia pada 24 Januari 2025. Ia menjadi kemaskini untuk model Realme 12x yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu. Selain itu mempunyai potensi dipasarkan sebagai peranti 5G baharu dalam julat harga mampu milik bawah harga RM1000.

Realme 14x membawakan empat peningkatan menarik seperti kualiti binaan dengan ketahanan lebih baik. Selain itu rekaan ergonomik untuk cengkaman yang selesa. Ciri kecerdasan buatan (AI) juga lebih pintar bagi meningkatkan produktiviti harian, di samping pemproses lebih baik untuk pengalaman multi-tugas yang lancar.
Realme Malaysia masih belum mendedahkan tentang spesifikasi peranti setakat ini. Pastikan anda teruskan mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut.