M Night Shyamalan Disaman $81 juta Kerana Siri Apple TV+ Beliau Didakwa Karya Ciplak
Effi Saharudin
Pengarah terkemuka M Night Shyamalan telah disaman sebanyak $81 juta kerana siri Apple TV+ yang diterbitkan oleh beliau didakwa adalah sebuah karya ciplak. Siri “Servant” yang diterbitkan Shymalan didakwa meniru jalan cerita “The Truth About Emanuel” yang ditayangkan pada tahun 2013 oleh pengarahnya Francesca Gregorini.

Gregorini berkata terdapat banyak persamaan antara plot “The Truth About Emanuel” dan “Servant” di mana seorang ibu cuba menghilangkan kerinduan ke atas kematian anak dengan menjaga sebuah patung. Saman difailkan oleh Gregorini pada tahun 2020 sejurus selepas siri mula ditayangkan di Apple TV+. Ia kemudiannya ditolak oleh mahkamah sebelum mahkamah rayuan mengatakan kes perlu dibicarakan kerana memang terdapat beberapa persamaan antara kedua-dua karya.
The Truth About Emanuel” hanya berjaya mengutip $293 selepas ditayangkan di dua panggung wayang.
[sumber]Variety [/sumber]