Carian
Xiaohongshu Akan Mengasingkan Pengguna China Daripada Pengguna Amerika Syarikat
January 17, 2025 Effi Saharudin

Sejak seminggu lalu platform media sosial Xiaohongshu ataupun Buku Merah Kecil mencatatkan peningkatan 700,000 pengguna daripada Amerika Syarikat. In berikutan tindakan Amerika mengharamkan TikTok bermula 19 Januari ini. Akibatnya buat pertama kali dalam sejarah, pengguna dari China berinteraksi dengan pengguna dari Amerika secara terbuka selepas sekian lama kandungan luar ditapis oleh tembok api China.

Tetapi laporan daripada The Information hari ini mengatakan, pihak Xiaohongshu akan mula mengasingkan pengguna kedua-dua negara atas sebab keselamatan. Pentadbiran Ruang Siber China (CCA) dikatakan mula risau dengan penyebaran video dan teks dari negara luar. Notis amaran dilaporkan telah dikeluarkan oleh CCA kepada Xiaohongshu supaya menapis kandungan pengguna Amerika Syarikat daripada dilihat pengguna dari China.

Dengan kemasukan pengguna baharu yang bertali arus, Xiahongshu juga mula mengiklankan ruang pekerjaan sebagai moderator kandungan. Pemohon perlu membuktikan kefasihan dalam Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan yang melanggar undang-undang China tidak dipaparkan di dalam aplikasi.

Komen