Durioo merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang dibangunkan di Malaysia oleh bekas pasukan disebalik Omar dan Hana serta Didi & Friends. Ia dilancarkan pada Februari 2022 yang lepas, dan sejak dilancarkan ia telah berkembang secara positif di Malaysia.

Perkhidmatan Durioo ditawarkan pada harga langganan RM12.90 sebulan, dan memfokuskan kepada kandungan mesra kanak-kanak dengan nilai Islamik. Ia sedia dinilaikan sekitar RM100 juta pada 2023 yang lepas.
Terbaru, memulakan tahun 2025 ini, Durioo sedia memperkenalkan fungsi penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan yang memfokuskan kepada watak Duri mereka, disamping hari ini turut secara rasminya melancarkan aplikasi mudah-alih mereka yang diberikan nafas baharu. Aplikasi Durioo baharu ini kini tersedia di Google Play Store dan juga Apple App Store.

Aplikasi ini kini berfungsi secara menegak, dan menyertakan lebih kemudahan dalam penemuan kandungan melaluinya, selain turut dibahagikan mengikut beberapa kategori, termasuk melihat kandungan pendek yang dinamakan DuReels.
Setiap kali aplikasi dibuka, maskot baharu Duri akan menyapa pengguna dan terus melihat palang bawah dengan lima ikon baharu iaitu Home untuk kandungan utama seperti Durioo+ Original, kandungan siaran langsung, mengikut kategori dan banyak lagi. Dari Home, tetapan aplikasi dan profil turut boleh diakses untuk sejarah aktiviti, senarai saya, muat turun dan lain-lain.



Selain pada antaramuka, Durioo turut menyertakan sejumlah ciri-ciri baharu bersama dengannya, dan salah satunya adalah ciri DuDeen yang memudahkan anak-anak dalam mempelajari dan menghafal doa dan surah pendek secara interaktif. Disamping itu, Durioo Games turut diperkenalkan dengan fokus terhadap permainan mesra kanak-kanak.
Sebanyak dua permainan ditawarkan buat masa ini, yang boleh dimuat-turun secara berasingan dan dimainkan walaupun tiada langganan Durioo. Dua permua diperkenalkan adalah Abibi Bubble Shooter dan Durioo Fruits Match. Setiap permua menyertakan watak-watak dari mesta Durioo sendiri.

Bercakap mengenai aplikasi kanak-kanak, Durioo turut menyertakan ciri kawalan untuk ibubapa, dimana ibubapa boleh menetapkan masa yang boleh diluangkan anak-anak mereka pada aplikasi Durioo, selain mengawal bahasa kandungan dan juga kekerapan kandungan pendek dipaparkan pada aplikasi tersebut.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Durioo ini melalui Apple App Store dan Google Play Store hari ini.