Carian
Meta Dan YouTube Dijangka Menjana Keuntungan Tinggi Sekiranya TikTok Ditutup
January 17, 2025 Aman

Amerika Syarikat sedia menetapkan tarikh 19 Januari 2025 untuk pengharaman TikTok, dimana menjelangnya, pihak Google dan Apple perlu membuang aplikasi berkenaan daripada kedai aplikasi masing-masing. Buat masa ini, status akhir TikTok masih menjadi tanda soal, dan sekiranya ia dteruskan dengan pengharaman, maka pihak yang akan menerima sebahagian keuntungannya adalah Meta dan Google melalui YouTube.

Pada hari ini, ia dianggarkan pengguna Amerika Syarikat meluangkan secara purata sejam sehari pada aplikasi TikTok – dan sekiranya ditutup operasi, maka kemungkinan tinggi Meta dan YouTube dijangka menerima masa penggunaan tersebut. Ini juga secara tidak langsung akan membawa kepada perbelanjaan pengiklanan yang sepatutnya berlaku di TikTok dibawa ke Meta dan YouTube.

Beberapa penganalisa menganggarkan TikTok menjana sekitar $12 bilion melalui pengiklanan di Amerika Syarikat.

Selari dengan perkara ini juga, ia dilaporkan Meta dan juga YouTube kini bersedia secara teknikal dalam menerima pendaftaran dan peralihan pengguna yang tinggi ke platform mereka.

Komen