Mahkamah Agung Amerika Mengekalkan Perintah Pengharaman Terhadap TikTok
Aman
Mahkamah Agung Amerika Syarikat hari ini mengekalkan perundangan yang telah ditetapkan terhadap TikTok, dimana aplikasi tersebut perlu dijual kepada syarikat di Amerika, atau ia perlu berhenti operasi menjelang 19 Januari 2025. Mahkamah juga sedia mengarahkan supaya kedai aplikasi dan perkhidmatan lain tidak menawarkan TikTok kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, TikTok telah membawa kes ke Mahkamah Agung, dan menyatakan perundangan tersebut menghalang hak kebebasan bersuara. Namun, daipada hujah lawan yang dibentangkan pihak berkuasa, ia mengatakan perundangan tersebut tidak menghalang hak kebebasan bersuara kerana tiada sebarang hasrat untuk mengawal perkongsian di platform tersebut, atau menganggu algoritma TikTok.
Dengan langkah ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Bytedance akan memilih untuk menghentikan sepenuhnya TikTok di Amerika Syarikat, atau memilih untuk menjual operasinya kepada entiti tempatan. Terdapat juga beberapa spekulasi mengatakan Donald Trump mungkin akan mengubah keputusan atau sebaliknya.