Instagram Kini Membolehkan Muat-Naik Video Reels Berdurasi Sehingga 3 Minit
Aman
Instagram hari ini meningkatkan sokongan untuk tempoh masa video Reels, dimana had yang ditetapkan kepada hanya 90 saat selama ini, ditingkatkan kepada sehingga 3 minit bermula hari ini. Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-naik video yang lebih panjang dan lama ke Instagram Reels.

Perubahan ini dilihat dilakukan selari dengan masalah TikTok di Amerika Syarikat berkaitan dengan masa depannya. Langkah peningkatan kepada sehingga 3 minit juga dijangka akan membuatkan lebih ramai pengguna selesa berkongsi melalui platform tersebut.
Instagram mengatakan peningkatan ini dilakukan disebabkan oleh maklumbalas pengguna yang inginkan tempoh masa lebih panjang. Perubahan kepada Instagram Reels ini dilakukan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.