CapCut Turut Diharamkan Dan Tidak Boleh Diakses Di Amerika Syarikat
Aman
Bersama-sama pengharaman TikTok berkuat-kuasa hari ini, aplikasi CapCut juga turut menerima nasib sama, dan telah berhenti beroperasi di Amerika Syarikat.
Melalui notis yang dipaparkan, CapCut menekankan perundangan yang mengharamkan CapCut telah berkuat-kuasa di Amerika Syarikat, membuatkan para pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi penyuntingan video tersebut. CapCut mengatakan mereka sedang berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan berkenaan di Amerika Syarikat.
CapCut menawarkan kemudahan untuk pengguna melakukan penyuntingan video sebelum menerbitkan ia di sebarang aplikasi media sosial. Dengan pengharaman CapCut, ia dijangka memberikan kesan lebih meluas kepada mereka yang menerbitkan kandungan di media sosial, memandangkan perlu memuat-turun aplikasi penyuntingan baharu dan mempelajari kembali kaedah penyuntingan yang ditawarkan.
Untuk makluman, CapCut turut dimiliki oleh Bytedance, yang memiliki TikTok.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.