Carian
Apple Dijangka Perkenal Rekabentuk Baharu Aplikasi Mail Untuk Mac Menjelang April 2025
January 19, 2025 Aman

Apple sedia menawarkan aplikasi Mail dengan antaramuka baharu kepada pengguna iPhone sebelum ini, dan kini Apple dilaporkan dalam persiapan memperkenalkan kemaskini lebih kurang sama untuk pengguna Mac.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini ini bersama-ama macOS 15.4. Melalui aplikasi baharu ini, ia dijangka akan mengkategorikan pelbagai mel yang diterima secara automatik – lebih kurang seperti pada GMail. Ciri ini dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pengguna lain.

Bagi anda yang menggunakan Mac, sama-sama nantikan kemaskini yang dijadualkan sekitar April 2025 ini untuk menikmati ciri baharu ini.

Komen