Dengan pelbagai pesona maya yang mula diguna-pakai dalam arena media sosial, kini Bank Rakyat turut mengorak langkah dalam memperkenalkan pesona digital mereka tersendiri, dinamakan Balqis.

Melalui perkongsian Bank Rakyat, mereka mengatakan Balqis akan memfokuskan dalam membantu pengguna, termasuk berkongsi panduan kewangan pintar, berkongsi trend teknologi terkini, memberi inspirasi gaya hidup, selain turut memberikan informasi perbankan melalui pendekatan yang lebih mesra.

Selari dengannya juga, Bank Rakyat memperkenalkan laman profil khusus untuk Balqis di media sosial, dan aktif berkongsi pelbagai informasi melaluinya. Buat masa ini, perkongsian lebih menjurus kepada gambar, selain turut mempunyai perkongsian dalam bentuk janaan video.
Mungkinkah bergerak kehadapan, kita akan melihat lebih banyak jenama memperkenalkan pesona digital masing-masing?