MacBook Air ialah komputer riba nipis dan ringan yang sangat digemari oleh ramai pengguna dan peminat Apple kerana ia hadir dengan rekaan serba nipis dan ringan, tetapi mempunyai prestasi yang juga cukup berkuasa.
Akan tetapi jika ada satu kritikan mengenai MacBook Air, termasuklah model MacBook lain mungkin berkenaan paparan skrin yang masih menggunakan panel LCD. Terdapat ura-ura sebelum ini bahawa MacBook Air akan mula hadir dengan paparan OLED sekitar 2027 kelak, tetapi laporan daripada laman berita teknologi Korea, The Elec telah mengatakan bahawa pelan ini telah ditunda untuk dua tahun lagi, pada tahun 2029.

Laporan tersebut mengatakan bahawa ia adalah kerana Apple mendapati bahawa jualan untuk tablet iPad Pro yang menggunakan panel OLED tidak memberangsangkan seperti yang dijangka. Untuk model yang akan dikemaskini pada tahun 2027 kelak, ia juga dilaporkan bahawa Apple akan bertukar ke panel Oxide TFT sama yang digunakan pada komputer riba siri MacBook Pro sedia ada mereka.
Untuk MacBook Pro pula, ia dijangka bahawa siri komputer riba tersebut akan beralih ke paparan OLED pada tahun 2026.