Carian
Ujian Beta Android 16 Mungkin Tiba Seawal Minggu Ini
January 20, 2025 Fahim Zahar

Android 15 belum lagi diedarkan secara meluas kepada peranti-peranti Android di pasaran, tetapi Google telah bersedia untuk melancarkan Android 16. Sistem operasi terkini Google ini telah pun memulakan ujian pembangun sejak November tahun lepas kerana mempunyai perancangan untuk memperkenalkannya secara lebih awal. Terbaru, tarikh ujian beta telah tertiris.

Menurut pembangun-pembangun Google sendiri di Android Gerrit, Google mungkin akan. memperkenalkan versi ujian Beta pada 22 Januari, kemudian 19 Februari dan beta ketiga pada 12 Mac. Kemudian pada sekitar bulan April, versi beta akhir akan diperkenalkan sebelum menawarkan kemas kini stabil pada bulan Mei.

Dijangkakan, acara Google I/O 2025 yang mungkin berlaku bulan Mei adalah di mana versi stabil akan diumumkan dan mungkin Android 16 ini akan diberikan kepada peranti Pixel terlebih dahulu sebelum peranti Samsung dan lain-lain. Sama-sama kita nantikan.

Komen