Carian
Sony LinkBuds Speaker Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM899
January 20, 2025 Amy Maizuraa

Anda sedang mencari sebuah pembesar suara dengan kualiti audio, kemudahan penggunaan, hayat bateri panjang dan mudah alih? Sony LinkBuds Speaker sudah mula ditawarkan di Malaysia. Ia boleh didapati pada harga RM899 sebuah dalam pilihan warna Black dan Light Gray melalui halaman rasmi Sony Malaysia.

Sony LinkBuds Speaker diiklankan mampu beroperasi 25 jam dengan pengecasan penuh. Selain itu boleh digunakan secara nirwayar menggunakan dermaga pengecas khusus. Ia juga menawarkan Woofer (X-Balanced Speaker Unit) untuk bunyi bass yang mendalam bersama Tweeter khusus yang mampu meningkatkan kejelasan vokal lebih baik.

Sambungan ke peranti juga boleh dilakukan dengan mudah melalui Bluetooth 5.2. Pada masa sama, boleh digandingkan dengan dua unit berasingan untuk mencipta kesan audio stereo. Turut diberikan pelindungan IPX4 yang bermakna pembesar suara ini kalis air dan bukannya habuk.

Komen