Bluesky, sama seperti banyak platform media sosial lain nampaknya telah bersiap-sedia untuk mengambil kesempatan keatas arahan pengharaman TikTok di Amerika Syarikat dengan memperkenalkan ciri suapan video menegak mereka sendiri didalam aplikasi tersebut.
Kemaskini terbaru Bluesky memperlihatkan suapan video menegak yang boleh dipinkan pada laman pengguna. Dari segi rekaan, ia hadir dengan cara suapan 2×2 yang boleh diklik dan ditatal seperti banyak platform video ringkas yang lain.


Suapan video ini adalah sebahagian daripada ciri custom feeds yang diperkenalkan Bluesky untuk menyesuaikan kandungan pada aplikasi tersebut mengikut minat anda sendiri.
Bluesky mengatakan bahawa suapan video ini sudahpun mula diperkenalkan untuk semua pengguna-pengguna platform tersebut. Sekiranya ia tidak kelihatan, anda hanya perlu menutup aplikasi tersebut dan membukanya semula.