Carian
Anda Kini Boleh Ketahui Reels Yang Disukai Rakan Di Instagram
January 20, 2025 Amy Maizuraa

Sama ada anda perasan atau tidak, terdapat satu tab baharu dalam siaran Reels. Melaluinya anda boleh melihat video yang telah disukai atau ditambah komen oleh rakan pengikut dengan mudah. Selain itu menarik audiens secara lebih meluas melalui kandungan yang menarik.

Ia boleh memberikan keseronokan bagi sesetengah orang yang suka tengok kandungan atau media menarik untuk dikongsi ke orang ramai. Malahan boleh berkongsi minat secara terbuka dengan yang lain. Tetapi boleh juga menimbulkan rasa kurang senang bagi mereka yang menjaga privasi di era digital ini.

Tab ini boleh ditemui di sebelah kanan bahagian atas. Apabila ditekan, ia membawa ke kandungan yang disukai atau dikomen oleh rakan pengikut. Melaluinya juga anda akan dipaparkan dengan ikon berbentuk hati yang terapung berserta gambar profil rakan pengikut yang menyukai kandungan berkenaan.

Komen