Carian
X Memperkenalkan Garis Masa Khusus Untuk Video – Bermula Di Amerika Syarikat
January 20, 2025 Aman

X sedia menyatakan akan lebih memfokuskan kepada kandungan video melalui platform mereka sebelum ini. Selari dengannya, kini X telah mula memperkenalkan garis masa khusus untuk perkongsian video, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan seumpama TikTok, dimana pengguna boleh menatal secara menegak untuk melihat video-video seterusnya.

Ciri ini diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Untuk menyokong fungsi ini, X menambah sebuah ikon pada bahagian menu, iaitu ikon video.

Pihak X belum berkongsi lagi berkenaan bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia. Berkemungkinan dengan masalah TikTok di Amerika Syarikat, X mengambil peluang dengan memperkenalkan ciri ini di negara tersebut terlebih dahulu.

Komen