Carian
Meta Akan Mengekalkan Program Penyemak Fakta Untuk Di Pasaran Luar Amerika Syarikat
January 21, 2025 Aman

Meta sebelum ini telah menyatakan akan beralih daripada penggunaan penyemak fakta dalam melakukan semakan terhadap perkongsian berita palsu, dan menggantikan ia dengan nota komuniti. Hari ini, berkongsi lanjut mengenainya, pihak Meta mengesahkan kepada Bloomberg, perubahan ini hanya melibatkan pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Meta akan mengekalkan penggunaan program penyemak fakta di luar Amerika Syarikat buat masa ini, dan melihat kepada pelaksanaan nota komuniti di Amerika Syarikat, sebelum memperluaskannya ke seluruh dunia.

Sebelum ini, penyemak fakta digunakan dalam mengawal sebaran maklumat dan berita palsu melalui platform dibawah Meta. Namun, memulakan tahun 2025, Meta mengumumkan peralihan kepada penggunaan nota komuniti seperti pada X, dan ia akan berfungsi menggunakan input komuniti dalam platform tersebut.

Memandangkan di luar Amerika, terutamanya Eropah akan menerima tentangan dan cabaran tinggi dalam pelaksanaannya, Meta dilihat akan mengekalkan penggunaan program penyemak fakta buat masa ini.

Komen