Selain TikTok, aplikasi lain seperti Marvel Snap, Lemon8 dan CapCut juga dihalang di Amerika Syarikat pada Sabtu lalu bagi mematuhi Akta Aplikasi Musuh Asing. Bytedance sebagai syarikat berpangkalan di China dilihat sebagai syarikat yang boleh mendatangkan risiko keselamatan negara. Setelah TikTok kembali beroperasi pada hari Ahad, hari permua Marvel Snap pula kembali boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat.

Pembangun Marvel Snap, Second Dinner berkata selepas ini mereka akan memasukkan lebih banyak perkhidmatan secara dalaman dan mencari rakan kongsi dengan penerbit lain. Marvel Snap diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Nuverse yang merupakan anak syarikat Bytedance.
Walaupun aplikasi kembali boleh dimaikan di Amerika, aplikasi masih kekal dipadam dari Play Store dan App Store tetapi sudah kembali di Steam. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, walaupun perkhidmatan dikembalikan Akta Aplikasi Musuh Asing masih lagi berkuat kuasa. Akta mengenakan denda kepada pemilik stor yang tidak memadam aplikasi yang dikategorikan berbahaya. Bagi mengelakkan liabiliti, Google dan Apple memadam aplikasi dari stor mereka sejak Sabtu.