Kementerian Kerja Raya kini berkongsi mengatakan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan tidak lagi akan diteruskan bermula tahun ini. Ini bermakna, bermula sambutan Tahun Baru Cina minggu hadapan, tiada lagi pemberian tol percuma yang akan ditawarkan.

Sebelum ini, walaupun tol diberikan percuma ketika musim perayaan, namun kerajaan masih perlu menanggung kosnya. Dengan perancangan melaksanakan subsidi bersasar, langkah tersebut dilihat akan dilaksanakan lebih menyeluruh, membawa kepada perubahan dasar ini.
Menteri Kerja Raya turut mengatakan kerajaan sedang pertimbang mekanisma baru dan pendekatan lebih bersasar dalam menggantikan tol percuma pada musim perayaan.