Carian
Samsung Membawa Sokongan Circle To Search Ke Skrin 86-Inci Untuk Tujuan Pendidikan
January 22, 2025 Fahim Zahar

Samsung baru-baru ini mengumumkan skrin pintar baharu untuk tujuan pendidikan. Skrin pintar interaktif ini turut boleh dijadikan sebagai papan putih pintar dengan sokongan skrin sesentuh serta kawalan dengan stilus. Terbaru, Samsung telah menyertakan sokongan AI pada skrin ini.

Interactive Display (model WAFX-P) diperlihatkan di Bett 2025, iaitu pameran pendidikan terbesar di Eropah. Melaluinya, Samsung turut memperkenalkan integrasi Samsung AI Assistant untuk tujuan pendidikan. Tiga ciri utama yang difokuskan adalah Circle to Search with Google, Live Transcript dan juga AI Summary.

Ini adalah peranti Android 15 terbesar di dunia dengan sokongan Circle to Search. Skrin pintar ini turut menerima pengiktirafan Google EDLA untuk integrasi Google Classroom dan Google Drive. Selain itu ciri Smart Note-On turut diberikan untuk mengubah tulisan tangan menjadi versi digital yang lebih kemas.

Samsung menawarkan pilihan saiz 65”, 75” dan 86”. Skrin ini dijana dengan NPU 4 TOPS dan cip 8-teras yang tidak didedahkan, padanan memori 16GB, sokongan SSD 128GB, skrin menyokong kecerahan sehingga 450-nit, turut terdapat kamera 4K terbina bersama-sama dengan mikrofon dan speaker 20W.

Komen