GXBank akan melaksanakan tempoh bertenang satu jam untuk peningkatan had pemindahan wang mulai 12 Februari 2025. Pelaksanaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan amalan perbankan dalam talian yang lebih selamat. Ia juga bagi mengelakkan penipuan dan memberikan masa kepada pengguna untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Tempoh bertenang ini akan diaktifkan serta-merta sekiranya pengguna didapati meningkatkan had pemindahan wang harian. Sepanjang tempoh berkenaan pengguna masih boleh melakukan transaksi dengan had pemindahan semasa tanpa sebarang masalah. Pengguna juga akan dimaklumkan melalui email berdaftar sebaik sahaja tempoh berkenaan tamat. Perlu ditegaskan bahawa tempoh bertenang ini tidak akan dikenakan bagi urusan penurunan had pemindahan had harian yang bermakna ia boleh diaktifkan dengan kadar segera.