Carian
Lenovo Memperlihatkan SSD Yang Hadir Dengan Rekaan Menyerupai Bom Tangan
January 22, 2025 Nazrin

Lenovo ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk penawaran komputer riba dan juga komputer desktop mereka, tetapi mereka juga ada membuat pelbagai jenis aksesori untuk komputer-komputer ini.

Di China, Lenovo telah memperlihatkan sebuah storan SSD luaran baru yang hadir dengan rekabentuk yang cukup unik – sebuah bom tangan. Storan SSD ini diinspirasikan oleh sebuah filem yang baru dilancarkan di China, iaitu Operation Dragon, ataupun Operation Hadal di beberapa kawasan tertentu.

Selain daripada rekaan yang serba unik, tidak banyak yang diketahui mengenai SSD ini, cuma ia hadir dengan sokongan untuk sambungan USB 3.2 dengan kadar penghantaran data sekitar 1GBps. Dari segi storan, ia dijangka bahawa SSD ini akan hadir dengan storan sekurang-kurangnya 1TB terbina.

Lenovo juga nampaknya mengatakan bahawa produk ini akan dibiaya melalui platform biayasama di China dan akan ditetapkan pada harga 599 yuan, dan setakat ini telah dibiaya pada kadar 69 peratus dengan baki beberapa hari lagi.

Komen