Carian
Cip Mercu MediaTek Seterusnya Dijangka Tiba Pada Mac 2025
January 22, 2025 Amy Maizuraa

MediaTek dikhabarkan akan hadir dengan kemaskini baharu untuk cip mercu terkini Dimensity 9400. Tiada lagi nama rasmi didedahkan namun apa yang diketahui cip tersebut didakwa menggunakan CPU generasi baharu Cortex-X925 yang berfungsi pada kelajuan sehingga 3.7 GHz.

Sebagai perbandingan, CPU Cortex-X925 pada cip Dimensity 9400 sebelum ini berfungsi pada kelajuan 3.62GHz. Ia sekali gus menunjukkan bahawa cip baharu tersebut hanya akan menawarkan peningkatan prestasi yang minimum. Selain itu, Oppo dan Vivo dijangka menjadi dua pengeluar terawal yang akan menggunakannya pada peranti mereka yang akan datang. MediaTek juga dijangka mengumumkan cip baharu itu sekitar bulan Mac akan datang.

Komen