Carian
Google Melabur Tambahan $1 Bilion Pada Anthropic
January 22, 2025 Aman

Google sedia membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan tersendiri melalui penawaran Gemini. Bukan setakat itu, gergasi internet berkenaan turut aktif dalam melabur pada syarikat kecerdasan buatan lain, termasuk salah satunya Anthropic.

Anthropic sering diposisikan sebagai pesaing terdekat OpenAI, dan terbaru Google turut menambah pelaburan dalam syarikat tersebut. Ia dilaporkan pelaburan terbaru adalah lebih $1 bilion, sekaligus menilaikan Anthropic sekitar $60 bilion.

Sebelum ini sendiri, Google telah melabur $2 bilion pada Anthropic. Selain Google, Amazon turut telah melabur sejumlah $8 bilion pada Anthropic setakat ini.

Anthropic pada hari ini terkenal melalui penawaran Claude, dan ramai yang turut aktif menggunakannya, termasuk dalam pengaturcaraan. Antrhopic telah diasaskan pada 2021 oleh sekumpulan bekas pekerja OpenAI yang ingin memfokuskan kepada keselamatan dalam kecerdasdan buatan – berbeza dengan OpenAI.

Komen