Carian
Google Membawa Sebahagian Sokongan Project Astra Kepada Pengguna Samsung Terlebih Dahulu
January 23, 2025 Aman

Google hari ini berkongsi mengatakan pengguna peranti Samsung akan menikmati model terbaru Gemini mereka, termasuk beberapa ciri baharu yang pernah dipertontonkan melalui Project Astra sebelum ini. Project Astra merupakan kebolehan menggunakan kecerdasan buatan pada masa-nyata, dimana ia boleh menggunakan sokongan kamera untuk melihat sekeliling dan memberikan jawapan kepada sebarang pertanyaan pengguna.

Melalui kerjasama ini, dua ciri yang dibawakan kepada pengguna Samsung terlebih dahulu adalah Screen Share dan juga Live Video. Ciri ini bersama Gemini Live, membolehkan anda mendapatkan pelbagai konteks semasa ketika melayari web atau menggunakan peranti, atau ketika sedang menonton sesuatu video langsung.

Ciri baharu ini dijangka hadir kepada pengguna Samsung Galaxy S25 terlebih dahulu, melalui aplikasi Google Gemini.

Komen