Samsung hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S25. Menariknya, telefon pintar ini dipasarkan sebagai telefon dengan fokus kecerdasan buatan, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik dan terbaru Google Gemini padanya.

Selari dengannya, dalam langkah lebih memudahkan pengguna, Samsung membolehkan pengguna mengakses Gemini lebih pantas melalui butang fizikal tepi.
Pengguna hanya perlu tekan butang pada tepi untuk mengaktifkan Gemini, dan bertanyakan pelbagai perkara kepada Gemini. Fungsi ini memastikan pengguna dapat mengakses Gemini lebih pantas pada Galaxy S25, dan boleh bertanyakan dalam bentuk suara.
Galaxy S25 ditawarkan pada harga bermula RM3999 di Malaysia.