Carian
YouTube Menguji Ciri Audio Berkualiti Lebih Tinggi
January 23, 2025 Effi Saharudin

Pelanggan YouTube Premium kini boleh menguji beberapa ciri baharu seperti kualiti audio yang lebih tinggi ketika menonton video. Menerusi ciri eksperimen ini, audio pada tetapan 256kbps dapat dinikmati. Turut diumumkan ialah ciri Jump Ahead kini boleh digunakan pada pelayar web selepas hanya diaktifkan dalam aplikasi telefon pintar sahaja. Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.

Seterusnya video boleh ditonton pada kelajuan 4X pada aplikasi telefon pinyar yang merupakan peningkatan daripada kelajuan maksimum 2X. Untuk pengguna iOS pula, ciri gambar-dalam-gambar (PIP) dan muat turun YouTube Shorts juga akhirnya disokong setelah sekian lama eksklusif untuk aplikasi Android.

Kesemua ciri ini perlu diaktifkan secara manual menerusi tetapan Try experimental new features dalam aplikasi. Aktifkan dengan segera untuk mencuba kerana ia boleh digunakan sehingga 19 Februari sahaja.

Komen