Samsung Galaxy Watch7 Kini Mempunyai Mod Khusus Untuk Kanak-Kanak
Effi Saharudin
Antara dilema ibu bapa moden ialah bilakah masa terbaik memberikan telefon pintar kepada anak-anak di sekolah. Majoriti sekolah kebangsaan mengharamkan pelajar membawanya tetapi memberikan kelonggaran memakai jam tangan pintar. Bagi ibu bapa yang sudahpun memiliki siri Galaxy Watch7 LTE, Galaxy Watch for Kids telah dilancarkan oleh Google khusus untuk kegunaan kanak-kanak.

Ia menjadikan jam tangan siri Galaxy Watch7 LTE lebih serasi digunakan oleh kanak-kanak menerusi ciri muka jam baharu, kawalan kemampuan panggilan telefon, penjejakan lokasi oleh ibu bapa dan kawalan aplikasi yang boleh dipasang. Turut diberikan ialah ciri menghadkan apa yang boleh diakses anak-anak pada jam ketika sesi persekolahan masih berlangsung.

Galaxy Watch for Kids akan diaktifkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi bermula di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Dengan ciri ini Galaxy Watch7 yang tidak lagi digunakan orang dewasa boleh diserahkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya