Sudah bertahun lamanya pengguna peranti Samsung menantikan kemampuan Seamless Update, dengan siri Galaxy S25 akhirnya kaedah kemas kini ini disokong. Kemas kini seamless update diperkenalkan sejak Android Nougat 7.0 pada tahun 2016 untuk memastikan pengguna masih boleh menggunakan peranti ketika kemas kini dipasang di latar.

Kemas kini yang dipasang adalah pada partition kedua storan peranti, kerana kemas kini ini menggunakan konsep storan A/B. Selepas kemas kini selesai, pengguna akan diarahkan untuk memulakan semula peranti untuk sambung menggunakan peranti yang dijalankan pada partition lain. Sebelum ini, ciri ini hanya diberikan kepada Galaxy A55.
Kelak, selepas anda mendapatkan mana-mana Galaxy S25 dan menerima kemas kini – tekan sahaja muat turun dan biarkan ia dipasang sendiri di latar sambil anda dapat menggunakan peranti seperti biasa sehinggalah dimulakan semula.