Carian
NVIDIA Memperlihatkan Prototaip Kad Grafik RTX 5090 FE Dengan Penyejuk Empat Slot
January 23, 2025 Nazrin

NVIDIA telah melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 baru-baru ini, dengan kad grafik GeForce RTX 5090 yang paling berkuasa dalam siri tersebut. Menariknya, ia hadir dengan rekaan serba padat, dengan sistem penyejuk flow-through yang hanya mengambil dua slot pengembangan PCIe dan hadir dengan papan litar yang cukup kecil untuk dimuatkan dalam sistem komputer bersaiz padat.

NVIDIA telah memperlihatkan sebuah video Designing The Founders Edition yang memperlihatkan proses rekaan kad grafik terbaru ini, dan didalamnya terdapat sebuah prototaip kad grafik GeForce RTX 5090 yang hadir dengan penyejuk yang memakan empat slot pengembangan PCIe.

Kad grafik ini, jika dijual di pasaran, akan menjadikannya kad grafik Founders Edition yang paling besar di pasaran, dan oleh kerana ini akan menyukarkan banyak pembina komputer untuk membina komputer-komputer dengan kad grafik baru.

Video ini juga memperlihatkan beberapa pengajaran yang diambil oleh NVIDIA untuk membina kad grafik yang lebih nipis ini, khususnya apabila dibandingkan dengan model-model sebelum ini, dan bagaimana mereka berjaya membina sistem penyejukan yang lebih nipis berbanding sebelum ini.

Komen