Seperti biasa, setiap kali Nothing akan melancarkan peranti Nothing Phone baharu mereka akan mengacah dengan watak dari Pokemon. Tahun ini, mereka dijangkakan akan melancarkan tiga peranti dan salah satu daripadanya akan menggunakan kod nama Arcanine.

Arcanine adalah Pokemen jenis api ke-59 di dalam Pokedex dan merupakan evolusi kepada Growlithe. Ia dijangkakan adalah kod nama untuk Phone (3) kerana penanda aras Geekbench yang tertiris sebelum ini memaparkan nombor model A059. Selain Phone (3), Phone (3a) dan CMF Phone 2 turut dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.
Nothing ingin menawarkan Nothing OS dengan integrasi AI yang mendalam, di mana ia adalah pembantu peribadi pengguna yang boleh memudahkan lagi tugasan harian. Ia juga adalah langkah awal kepada pembangunan sistem operasi sendiri yang Carl Pei idamkan untuk Nothing. Sama-sama kita nantikan.