Baru-baru ini, Canon telah memperkenalkan sensor serba baharu yang mungkin boleh mengubah sejarah industri kamera. Ia adalah sensor 410 Megapixel jenis CMOS bersaiz 35mm yang menyokong bingkai penuh pertama dunia.

Sensor ini menyokong rakaman resolusi sehingga 24K iaitu 24,592 x 16,704 atau 12x resolusi 8K. Sensor ini dijayakan dengan merekabentuk semula corak litar dan juga membangunkan back-illuminated stacked formation di mana segmen piksel dan segmen pemprosesan isyarat disusun secara bertindan. Sensor ini boleh merakam 8 imej per saat dengan resolusi melalui kemampuan kelajuan readout 3,280 megapixel.
Canon turut membangunkan sensor versi monokrom untuk penggunaan di situasi kurang pencahayaan. Cuma sensor ini terhad kepada 100 Megapixel dengan rakaman video hanya terhad kepada 24 bingkai per saat. Sensor-sensor ini juga dikatakan tidak akan digunakan pada kamera pengguna biasa. Sebaliknya hanyalah untuk penggunaan kamera litar tertutup, perubatan dan penggunaan peringkat industri lain.