Carian
Eufy E18 Ialah Robot Memotong Rumput Oleh Anker
January 23, 2025 Nazrin

Eufy ialah jenama perkakasan pembersihan rumah oleh Anker seperti pembersih hampagas robot yang diperkenalkan tidak lama dahulu. Kini, Eufy telah memperlihatkan sebuah lagi produk baru, iaitu Eufy E18, sebuah robot memotong rumput pula.

Eufy E18 dibangunkan berdasarkan sebuah lagi robot pemotong rumput, iaitu TerraMow. Robot memotong rumput ini menggunakan teknologi kamera dan pengimbas yang membolehkannya memotong rumput tanpa perlu menggunakan sebarang wayar sempadan ataupun penggunaan komponen LiDAR ataupun sistem RTK (real time kinematics).

Perbezaan utama diantara kedua-dua robot pemotong rumput ini ialah sistem “swapandu” eufy V-FSD 1.0 yang diperkenalkan. Sistem AI yang terbina bukan sahaja memudahkan pemasangan dan pengaktifan robot pemotong rumput ini, tetapi juga mengautomasikan proses seperti pemetaan laman. Malah. dengan Eufy E18 ini, mereka mengatakan bahawa ia boleh menyimpan data pemetaan pelbagai laman rumah tanpa masalah.

Eufy mengatakan bahawa mereka akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai robot pemotong rumput ini di acara Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada penghujung bulan Februari ini.

Komen