Carian
TNG SOS Balance Menawarkan Akses Sehingga RM80 Untuk Bayaran Tol Sekiranya Tidak Cukup Baki
January 23, 2025 Aman

Touch n Go eWallet hari ini secara rasminya telah memperkenalkan ciri SOS Balance kepada sejumlah pengguna terpilih dompet digital berkenaan, sekaligus membolehkan akses kepada dana tambahan ketika dompet anda mempunyai baki tidak mencukupi untuk bayaran tol.

TNG eWallet mengatakan salah satu punca utama kesesakkan berlaku di plaza tol adalah kerana tidak cukup baki, membuatkan ramai tersangkut dan membawa kepada kesesakkan berpanjangan. Dengan adanya SOS Balance ini, masalah tersebut diatasi.

TNG eWallet memberikan akses sehingga RM80 sehari melalui SOS Balance, dan pengguna perlu menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam. Sekiranya lewat, tiada sebarang caj dikenakan buat masa ini, tetapi pengguna tidak boleh menggunakan dompet digital berkenaan disebabkan hutang kredit. Ciri ini boleh digunakan di plaza tol yang menyokong PayDirect.

Seseorang juga, boleh melalui lebih daripada satu tol dalam tempoh sehari tersebut, asalkan baki tidak melebihi RM80. Disebabkan risiko terdapat penyalahgunaan ciri ini, maka SOS Balance hanya diperkenalkan bermula dengan pengguna tegar Touch n Go eWallet sahaja buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, anda boleh menyemak ciri ini dengan ke menu SOS Balance, atau dengan klik pada ikon “tol” bersebelahan pilihan negara di halaman utama TNG eWallet.

Komen