Carian
Truecaller Pada Peranti iPhone Kini Boleh Menghalang Panggilan Spam Secara Automatik
January 23, 2025 Amy Maizuraa

Truecaller mengumumkan kemaskini baharu untuk pengguna iOS. Kemaskini baharu itu menawarkan sokongan API untuk peranti iPhone yang boleh mengenal pasti semua jenis panggilan secara masa nyata, di samping menyekat panggilan penipuan (spam) secara automatik. Langkah itu menjadikan pengguna iOS dapat menikmati pengalaman yang sama seperti peranti Android yang sedia menawarkan ciri berkenaan sebelum ini.

Ia tersedia untuk pengguna Truecaller dengan iPhone yang menjalankan iOS 18.2 dan aplikasi Truecaller pula dikemaskini kepada versi 14.0 atau lebih baharu. Kemudian buka ruangan Settings > Apps > Phone > Call Blocking & Identification. Di sinilah pengguna boleh mengaktifkan ciri baharu tadi, dan buka aplikasi Truecaller sekali. Selebihnya pula ditetapkan secara automatik. Kami juga boleh mengesahkan bahawa ciri tersebut kini tersedia pada iPhone.

Sebagai tambahan, Truecaller juga mengemaskini antara muka aplikasi dengan nama pemanggil muncul dengan huruf tebal pada nombor mereka. Selain itu mempunyai keupayaan mencari sehingga 2,000 nombor yang dikenal pasti sebelum ini dalam senarai terkini pada aplikasi telefon. Ia tersedia tanpa gangguan iklan untuk pengguna premium sementara itu pengguna percuma pula akan melihat iklan semasa menggunakannya.

Truecaller pada iOS juga menawarkan langganan Premium Family terutamanya bagi pengguna premium. Pelan ini disediakan bagi membolehkan pengguna premium berkongsi pelbagai manfaat menarik seperti Truecaller AI Assistant dengan empat orang ahli lain pada harga bulanan atau tahunan yang rendah.

Komen