Carian
ByteDance Memperkenalkan Perisian Penyunting Kod Dikuasakan AI – Trae
January 23, 2025 Aman

ByteDance kini memperkenalkan sebuah perisian khusus untuk menyunting kod pengaturcaraan, dinamakan sebagai Trae. Menjadi fokus utama padanya adalah integrasi sokongan kecerdasan buatan, dalam memudahkan pengguna membangunkan sesuatu kod, atau menyemak dan membangunkan sesuatu projek dengan pantas.

Trae ini ditawarkan secara percuma, untuk pengguna Mac, dan turut menyokong bahasa Inggeris. Versi Windows dijangka akan menyusul dalam masa terdekat. 

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Trae dan mencuba dalam penghasilan kod pengaturcaraan menggunakannya.

Komen