Carian
Lebih RM1.5 Bilion Rugi Akibat Kes Jenayah Atas Talian Sepanjang Tahun 2024
January 23, 2025 Amy Maizuraa

Jenayah atas talian merupakan hal yang sering dibincangkan oleh sebab kes-kes yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pelbagai taktik dan modus operandi digunakan mereka untuk memperdayakan mangsa. Kerugian juga bukanlah sedikit tetapi ada yang terpaksa berputih mata selepas terpedaya dengan penipuan yang wujud.

Merujuk rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), lebih RM1.5 bilion dengan 35,368 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun lepas. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, jumlah kes yang direkodkan pada 2024 meningkatkan mendadak daripada 34,495 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM1.22 bilion pada tahun 2023.

Fahmi turut berkata, pada akhir tahun lalu, Operasi bersepadu atau Op Pedo yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membawa kepada tangkapan seramai 13 suspek di enam buah negeri. Ia melibatkan rampasan kira-kira 40,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan dewasa menerusi operasi tersebut.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan Jelajah Kempen Keselamatan Atas Talian yang telah dilancarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 21 Januari lalu. Malah akan diperluaskan akan diperluas ke sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bagi memastikan persekitaran atas talian yang lebih selamat untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Komen