Cari @ Amanz

X Menambah Butang Akses Pantas Grok Pada Penjuru Bawah Web – Grok 3 Kini Dalam Fasa Ujian

Oleh Aman

Link Copied!

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter, kini membawa sedikit perubahan pada antaramuka web mereka, menyertakan sebuah butang akses pantas untuk Grok pada penjuru bawah web. Apabila mengakses melalui butang ini, ia membuka sebuah tetingkap mini, yang boleh kekal diakses walaupun anda sedang mengakses bahagian laman lain pada X.

Disamping itu, pada masa yang sama, Elon Musk berkongsi mengatakan sedang menguji model Grok baharu, iaitu Grok-3. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasmi.

Perkembangan ini sekaligus memperlihatkan pelaburan tinggi xAI dalam arena chatbot berasaskan AI, dan pada masa yang sama, integrasi ia dengan lebih menyeluruh pada perkhidmatan X. Sebelum ini, butang khusus Grok turut telah ditambah pada aplikasi mudah-alih.


Komen ()