Sebelum ini, cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy adalah cip dengan kuasa CPU dan GPU yang dipertingkatkan sedikit. Namun untuk Snapdragon 8 Elite for Galaxy, ia adalah cip untuk AI. Jika anda tertanya apa kelebihan cip ini berbanding Snapdragon 8 Elite biasa, artikel ini akan menjawab persoalan anda.

Snapdragon 8 Elite for Galaxy adalah cip yang dibangunkan oleh Qualcomm dan Samsung, khusus untuk ciri-ciri AI dan juga sambungan. Ia menyokong 5G dan WiFi premium dengan modem Snapdragon X80 5G, Qualcomm FastConnect 7800, serta turut menyokong ciri komunikasi satelit Snapdragon Satellite. Pada pemprosesan imej (ISP), Spatio-Temporal Filter (STF) diintegrasikan untuk rakaman video 8K 60FPS yang lebih tajam dan berkualiti.

Untuk bahagian AI, Snapdragon 8 Elite For Galaxy telah ditala untuk pengurusan antara aplikasi, penggunaan ciri Gemini Live yang lebih lancar, mempertingkatkan kemampuan pemprosesan Gemini menjana teks dan memastikan penggunaan kuasa yang efisien.
Berikut adalah perbezaan spesifikasi bagi setiap cip;
Snapdragon 8 Elite for Galaxy (3nm) | Snapdragon 8 Elite (3nm) | |
CPU | 2x 4.47 GHz Oryon V2 Phoenix L 6x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M | 2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L 6x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M |
GPU | Adreno 830 | Adreno 830 |